Tuesday, April 9, 2013

Usrah, hati atau ukhuwah yang kering??

"Abang, maaflah saya tak dapat hadir usrah minggu ni."
"Akak, saya ada kerja malam ni. Tak dapatlah nak join usrah."

Itu antara frasa yang selalu diterima oleh mana-mana naqib atau naqibah sejurus mereka mengeluarkan 'post' "Salam adik-adikku. Usrah jom!"

Maka, untuk menyedapkan hati para naqib ini, maka mereka selalu berfikir," Oh, mereka benar-benar sibuk barangkali. Lain kali boleh buat lagi."

Itu adalah jawapan bagi naqib-naqib yang selalu "bersangka baik" dengan anak usrahnya.

Namun, jangan disangka semua naqib ini berfikiran baik seperti itu. (Alamak, keras pulak bunyinya. Sila baca dengan nada yang lembut ya. ) Hal ini kerana pasti ada dalam kalangan naqib yang berfikir, " Ah budak ni. Orang nak bagi ilmu, dia buat-buat sibuk la pulak.  Jenis tak suka dengar perkara islamik barangkali!" Getus oleh hati yang marah dan perasan.

Walhal, dalam kepala si anak usrah pulak berkata," Ah malaslah nak pergi usrah abang ni. Dahlah bosan, kering pulak tu."

Ada juga yang berkata," Alah kakak ini. Time nak ajak usrah, punyalah baik. Tapi bila jumpa tepi jalan, senyum pun tak."

Itulah antara situasi-situasi yang selalu terjadi dalam institusi usrah sekarang. Usrah yang tak basah, hati sendiri yang kering dan ukhuwah yang dingin adalah antara permasalahan yang sering timbul yang menyebabkan sesuatu usrah itu dilihat gagal. Maka bagaimanakah permasalahan ini dapat dileraikan dan apakah faktor utama keberkesanan sesebuah usrah itu.

1) Usrah yang tidak basah

Sejak akhir-akhir ini, sering saja istilah usrah yang basah/tidak basah kedengaran. Namun, apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan istilah ini. Kita harus akui bahawa istilah ini mempunyai maksud yang amat luas dan ianya bersifat subjektif mengikut kehendak seseorang. Ada yang mengatakan, " Usrah basah ni jika bila jumpa, dapat peluk-peluk, cium-cium dan beramah mesra." Ada pulak yang berkata, "Usrah basah ni kalau dari awal usrah sampai akhir bincang pasal quran dan hadis je". Malah ada yang berkata, "Usrah basah ni kalau pengisiannya sampai di hati."

Saya kira kesemua definisi usrah yang basah ini mempunyai skop definisinya yang tersendiri. Ada yang menilai kebasahan sesuatu usrah itu berdasarkan ukhuwah, silibus dan juga cara penyampaiannya. Bagi saya, saya mendefinisikan kebasahan usrah ini dengan analogi yang amat ringkas sahaja. Sila buka youtube dan 'search' ceramah ustaz Dusuki atau ustaz Dr Asri atau mana-mana sahaja ustaz kegemaran anda, dan sila dengar dan hayati setiap bait-bait yang dilontarkan oleh mereka. Dan jika pengisian ceramah tersebut sampai atau meresap dalam hati atau terkesan dalam hati, maka itulah definisi saya sebagai 'basah' walhal saya tidak pernah kenal pun dengan ustaz-ustaz tersebut (maka tidak adalah unsur peluk cium segala bagai itu), namun kata-katanya tetap menyentuh hati ini. Inilah definisi kebasahan sesuatu usrah pada pendapat saya.

Masalah ini saya kira kesalahannya wajar diletakkan pada bahu naqib usrah yang gagal mengendalikan usrah dengan baik. Kepada para nuqaba', sila akui kesalahan anda ini. Sebagai defendan (tertuduh), anda perlu  meletakkan diri di tempat plaintif (penuduh iaitu anak usrah). Anda sewajarnya memikirkan apakah methodologi terbaik untuk membasahkan usrah anda yang kering dan tidak 'counterback' tuduhan ini dengan menyatakan, "Ah, engkau yang hati kering. Salahkan aku pulak."

Jadi, apakah solusi terbaik untuk permasalahan usrah yang kering ini? Senang sahaja, maka jadikanlah usrah itu basah. Kebasahan usrah ini tertakluk kepada ukuran anda sendiri. Jika terasa usrah itu kering kerana pengisian anda yang tidak cukup islamik, maka dalamilah ilmu agama dan membuat 'homework' secara terperinci akan topik yang akan dibentangkan sewaktu usrah nanti. (Bunyi seakan sangat idealistik bukan)

Jika terasa usrah itu kering kerana penyampaian anda yang syok sendiri mungkin, maka ubahlah cara penyampaian anda. Daripada terlalu 'rigid' dengan suasana usrah yang berbentuk halaqah, maka pelbagaikan bentuk usrah itu seperti adakan usrah yang berbentuk aktiviti luar dan kaitkan aktiviti tersebut dengan topik usrah. Dan jika usrah itu kering kerana ukhuwah yang dingin, maka fokuslah pada aktiviti yang lebih menjurus kepada mengeratkan silatulrahim. Tak perlulah untuk diterangkan secara mendalam, cukuplah jika ia memberi cetusan idea.

2) Hati sendiri yang kering

Tidak dinafikan bahawa usrah adalah wasilah untuk kita mencari ilmu dan mendalami ajaran agama kerana definisi usrah itu sendiri bermaksud suatu kelompok manusia yang berkumpul atas sebab untuk memahami dan menghayati ajaran Islam. Namun, dalam realiti hidup yang sebenar, kita cuma berbulatan paling kerap hanyalah seminggu sekali dan setiap pertemuan paling lama hanyalah 3 jam. Katakan kualiti ibadah dan iman kita dinilai pada dapatan daripada usrah, pastinya usrah itu tidak cukup untuk memberi sepenuh tarbiyah kepada kita dalam mendidik kita mengamalkan Islam yang sebenar. Justeru, kepada mereka yang selalu menggunakan alasan bahawa, "Ahh, usrah ini tak best lah. Tak basahlah." dan sebagainya, silalah nilai sendiri sejauh mana hati anda bersih untuk menerima ilmu Allah.

Malah, Allah ada berfirman dalam surah Al-Mutaffifin ayat 14 yang bermaksud, " Sekali-sekali tidak! Bahkan apa yang mereka kerjakan itu telah menutupi hati mereka."

Tambahan pula, Nabi SAW pernah bersabda dalam sebuah hadis Ahmad daripada At-Tabrani bersumberkan daripada Abu Sa'id al-Khudri, iaitu Nabi membahagikan hati kepada 4:

1) HATI yang bersih yang di dalamnya ada cahaya yang sentiasa bersinar-sinar. Itulah hati orang Mukmin.
2) HATI yang hitam dan terbalik kedudukannya (atas ke bawah dan sebaliknya). Itu adalah hati orang-orang kafir.
3) HATI yang tertutup dan terikat dengan penutup. Itu hati orang munafik.
4) HATI yang musfah (melintang) tidak berdiri tegak. Di situ ada keimanan dan di situ ada kemunafikan. Mana yang lebih banyak di situlah dia tergolong.

Permasalahan hati yang kering ini berlaku pada kedua-dua belah pihak, iaitu dalam konteks sebuah institusi usrah, naqib itu sendiri boleh jadi seorang yang berhati kering dan anak usrah itu juga berhati kering.

Melihat dari pandang sisi seorang naqib, jika naqib itu yang berhati kering, mana mungkin dia dapat 'membasahkan' hati mad'unya walhal hatinya sendiri kering kontang. Saya sangat tertarik dengan kata-kata ini, "Hanya hati yang bersih dapat membersihkan hati yang lain."

Melihat dari pandang sisi seorang anak usrah pula, hati yang sentiasa bergelumang dengan maksiat bukan senang untuk menerima tarbiyah. Bak kata Imam Syafi'e, “Ilmu itu cahaya dan cahaya Allah tidak akan diberikan kepada orang yang melakukan maksiat.”

Sesungguhnya, hati adalah tempat jatuhnya pandangan Allah buat hambaNya. Selalulah letakkan di dalam fikiran akan dua persoalan ini. "Di manakah kita di pandangan Allah dan Di manakah Allah di pandangan kita?" Marilah kita sama-sama menyegarkan hati yang kusam ini, meningkatkan iman yang rendah ini dan mendekatkan diri yang jauh ini dengan melakukan amalan-amalan berikut:

1) Membaca Al-quran dan merenung isi serta maknanya
2) Berzikir di waktu pagi
3) Banyakkan berpuasa sunat
4) Bangun malam beribadat
5) Berkumpul dengan orang-orang yang soleh

3) Ukhuwah yang dingin

Kalau kita telusuri sirah nabi ketika mana Nabi Muhammad SAW dan para sahabat berhijrah ke Madinah, antara perkara pertama yang dilaksanakan oleh Rasulullah SAW adalah mempersaudarakan golongan muhajir Mekah dengan penduduk tetap Madinah (golongan ansar). Persaudaraan ini telah memudahkan penyebaran Islam di Madinah selain dapat mewujudkan suasana yang aman dan tenteram.

Di sini, terbuktilah bahawa ukhuwah yang erat dan utuh adalah sangat penting dalam menjadikan sesebuah usrah itu berkesan. Namun, apakah kayu ukur bahawa ukhuwah yang terjalin dalam sebuah usrah itu sudah erat?

Saya sungguh tersentuh dengan analogi yang sering dipesan oleh murabbi saya. "Ukhuwah ini dalam kata mudah adalah kita berkawan. Kalau kita sampai dapat bercakap mengenai masalah peribadi dengan seseorang, maka ukhuwah itu sudah mantap!"

Maka, ambillah masa sebentar dan muhasabahlah sejauh mana eratnya ukhuwah kita dengan anak usrah kita dan 'what do you expect' daripada mereka untuk menerima apa yang kita sampaikan walhal kita tidak cukup rapat dengan mereka.

Malah, usrah itu sendiri mempunyai rukunnya yang terdiri daripada 3 aspek iaitu, taaruf (berkenalan), tafaham (bersefahaman) dan takaful (tolong-menolong) yang mana kesemua aspek rukun usrah ini adalah berkisarkan sejauh mana ukhuwah antara naqib dan ahli usrah itu terjalin.

Namun, persoalan ukhuwah adalah sangat berat dan sangat luas untuk dibincangkan. Malah, Allah telah berfirman dalam al-Quran, “Dan Dia (Allah) yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman). Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, niscaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allaah telah mempersatukan hati mereka.  Sesungguhnya Dia Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” (surah al-Anfal ayat 63)

Kesimpulannya...

Keberkesanan sesebuah institusi usrah itu tetap tertakluk kepada definisi masing-masing mengenai 'APA ITU USRAH?' Ingatlah, usrah itu adalah salah satu jalan tarbiyah dan tarbiyah itu luas. Maka, usah disempitkan makna tarbiyah itu dan jangan hanya memandang kualiti dan kuantiti tarbiyah itu pada keberkesanan sesebuah usrah.

Tarbiyah, tarbiyah dan tarbiyah..





Thursday, March 28, 2013

Nabi Musa dan Mesir..


Pada tahun 1978, Michael H. Hart telah menerbitkan sebuah buku yang bertajuk 100: Kedudukan Tokoh Paling Berpengaruh dalam Sejarah. Ia menyenaraikan kedudukan 100 orang tokoh, yang dalam pendapatnya, merupakan manusia paling berpengaruh dalam sejarah. Sewaktu saya mula membaca buku di usia 16 tahun dahulu, saya amat mengagumi kisah dua orang tokoh yang disenaraikan dalam buku tersebut, iaitu kisah Nabi Muhammad SAW dan Nabi Musa AS. Dari dulu, saya meletakkan hasrat untuk menjejaki tanah kelahiran dan menyelusuri kehidupan dua tokoh ini.

Alhamdulillah, baru-baru ini saya berpeluang menjejaki bumi Mesir iaitu bumi di mana lahirnya seorang nabi yang diutuskan oleh Allah untuk membawa umat manusia pada zamannya sujud kepada Allah SWT. Saya kira kisah hidup nabi Musa adalah antara sirah yang paling banyak diceritakan dalam Al-Quran, dan malah turut diceritakan dalam Bible. Jadi, marilah kita susuri sedikit kisah perjalanan nabi Musa yang saya kira sangat menarik!

Kisah kelahiran nabi Musa AS telah diceritakan secara terperinci dalam surah al-Qasas.
“Sungguh, Fir'aun telah berbuat sewenang-wenang di muka bumi dan menjadikan penduduknya berpecah belah dengan menindas segolongan dari mereka (bani Israel), dia menyembelih anak lelaki mereka dan membiarkan hidup anak-anak perempuan mereka. Sesungguhnya Fir'aun termasuk orang-orang yang berbuat kerosakan” (4)

“Dan Kami hendak memberi kurnia kepada orang-orang yang tertindas di bumi {Mesir} itu dan hendak menjadi mrk pemimpin dan menjadikan mrk orang-orang yang mewarisi {bumi}” (5)

“ Dan Kami akan teguhkan kedudukan mrk di muka bumi dan akan Kami perlihatkan kepada Fir'aun dan Haman berserta tenteranya apa yang selalu mereka khuatirkan dari mereka itu.” (6)

“Dan Kami ilhamkan kepada ibu Musa, "Susukanlah dia, dan apabila kamu khuatir terhadapnya, maka hanyutkanlah dia ke dalam sungai {Nil}. Dan janganlah kamu takut dan janganlah pula bersedih hati, sesungguhnya Kami akan mengembalikannya kepadamu, dan menjadikannya salah seorang rasul.” (7)

“ Maka dia dipungut oleh keluarga Fir'aun agar (kelak) dia menjadi musuh dan kesedihan bagi mereka. Sesungguhnya Fir'aun dan Haman berserta tenteranya adalah orang-orang yang bersalah.” (8)

“Dan berkatalah isteri Fir'aun: "Dia adalah penyejuk mata hati bagiku dan bagimu. Janganlah kamu membunuhnya, mudah-mudahan dia bermanfaat kepada kita atau kita ambil dia menjadi anak," sedang mereka tidak menyedari.” (9)

“Dan hati ibu Musa menjadi kosong. Sungguh , hamper saja dia menyatakannya (rahsia tentang Musa), seandainya Kami tidak teguhkan hatinya, agar dia termasuk orang-orang yang beriman (kepada janji Allah).” (10)

“ Dan berkatalah ibu Musa kepada saudara perempuan Musa, "Ikutilah dia (Musa)". Maka kelihatan olehnya Musa dari jauh, sedang mereka tidak mengetahuinya.” (11)

“Dan Kami cegah Musa dari menyusu kepada perempuan-perempuan yang mahu menyusukannya sebelum itu, maka berkatalah saudara Musa: "Mahukah kamu aku tunjukkan kepada kamu keluarga yang akan memeliharakannya untukmu dan mereka dapat berlaku baik kepadanya?" (12)

“Maka Kami kembalikan Musa kepada ibunya supaya senang hatinya dan tidak bersedih hati dan agar dia mengetahui bahawa janji Allah itu adalah benar, tetapi manusia kebanyakan tidak mengetahuinya." (13)

Daripada ayat 3 hingga 13 surah al-Qasas ini, bolehlah saya simpulkan bahawa sewaktu zaman pemerintahan firaun ini, (tidak pasti zaman firaun mana) beliau telah terkejut oleh ramalan oleh seorang ahli nujum kerajaan yang dengan tiba-tiba datang menghadap raja dan memberitahu bahwaa menurut firasatnya falaknya, seorang bayi lelaki akan dilahirkan dari kalangan Bani Israil yang kelak akan menjadi musuh kerajaan dan bahkan akan membinasakannya.

Mendengar ramalan itu, Raja Firaun tidak senang duduk dan mengeluarkan perintah agar semua rumah digeledah dan kesemua bayi lelaki yang baru dilahirkan dibunuh hidup-hidup serta, wanita yang sedang hamil turut diawasi sehingga tiba hari kelahiran bayi mereka. Raja Firaun kembali tenang apabila mendengar bahawa kota pemerintahannya telah bersih dan tidak seorang pun bayi lelaki yang hidup.

Kuasa Allah tidak ada sesiapa yang boleh menandinginya. Ditakdirkan, Yukabad, isteri Imron bin Qahat bin Lawi bin Yaqub sedang duduk seorang diri di salah satu sudut rumahnya menanti datangnya seorang bidan yang akan memberi pertolongan kepadanya melahirkan bayi. Maka datanglah bidan tersebut membantunya melahirkan bayinya. Yukabad menjadi takut selepas mengetahui bayinya adalah bayi laki-laki dan khuatir jika dibunuh oleh orang suruhan Firaun.  Maka, Yukabad merayu pada bidan tersebut agar menyembunyikan kelahiran itu. Melihat kepada si ibu yang sangat sayangkan anaknya, lantas bidan tersebut bersetuju untuk merahsiakan akan kelahiran tersebut.

Setelah bayi tersebut menjangkau usia tiga bulan, Yukabad menjadi semakin khuatir dan cemas akan keselamatan bayinya. Lalu, Allah memberi ilham kepadanya agar menyembunyikan bayinya dalam sebuah peti dan menghanyutkannya ke sungai Nil. (7)

Dengan bertawakkal kepada Allah, maka dihanyutkan bayi itu  setelah ditutup rapat dan dicat dengan warna hitam, terapung dipermukaan air sungai Nil. Kakak Musa diperintahkan oleh ibunya untuk mengawasi dan mengikuti peti itu agar diketahui ke mana bayi tersebut akan dihanyutkan dan kepada siapa bayi itu akan dibawa.

Alangkah cemasnya hati kakak Musa, ketika melihat dari jauh peti tersebut dijumpai oleh keluarga Firaun dan dibawa masuk ke dalam istana.  (8) Namun, Isteri firaun iaitu Asiah berjaya meyakinkan firaun untuk menjaga bayi tersebut sepertimana diceritakan dalam ayat ke 9.
Nama Musa yang telah diberikan kepada bayi itu oleh keluarga Firaun, bererti air dan pohon  {Mu=air , Sa=pohon} bersesuaian dengan tempat bayi tersebut dipungut.

Kemudian didatangkan ke istana beberapa orang perempuan untuk menjadi ibu susuan Musa, namun setiap daripada mereka ditolak oleh bayi tersebut yang enggan menerima air susunya. Dalam keadaan isteri Firaun lagi bingung memikirkan bayinya itu yang enggan menyusu, datanglah kakak Musa menawarkan seorang perempuan untuk menyusukan bayi tersebut. (12)

Atas pertanyaan keluarga Firaun, kalau-kalau dia mengenal keluarga bayi itu, berkatalah kakak Musa: "Aku tidak mengenal siapakah keluarga dan ibu bayi ini. Hanya aku ingin menunjukkan satu keluarga yang baik dan selalu rajin mengasuh anak, kalau-kalau bayi itu dapat menerima air susu ibu keluarga itu". 

Tawaran Kakak Musa itu diterima oleh isteri Firaun lalu dibawalah Yukabad menghadap istana.  Maka begitu bibir bayi itu  menyentuh tetek ibunya, disedutlah air susu ibu kandungnya itu dengan sangat lahapnya. Lalu, diserahkan Musa kepada Yukabad ibunya, untuk diasuh selama masa menyusu. Maka dengan demikian terlaksanalah janji Allah kepada Yukabad bahawa dia akan menerima kembali puteranya itu. (13)

Menarik bukan kisah nabi Musa. InshaAllah nanti kisah nabi Musa ketika dia remaja dan diangkat menjadi rasul akan saya ceritakan kemudian.

“Inilah barakah tinggalan anbia di bumi ini.
Menjadi pusat ilmuan islam seluruh alam.
Di sinilah lahirnya ramai ilmuan, ulama', imam-imam.
Dan di sinilah letaknya makam-makam tokoh islam.”

20:21 28 Mac 2013
Merindui Kaherah…


Monday, March 4, 2013

Kematian itu PASTI..

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah kerana hari ini tepat jam 4.51 petang bertarikh 4 Mac 2013, saya masih lagi diberikan waktu untuk bernafas di atas muka ini. Sejujurnya, pada saat ini saya ada dua kerja tertangguh dan kedua-duanya adalah report yang perlu disiapkan. Namun, hati ini meronta-ronta ingin melakarkan kata-kata di alam maya ini.


Minggu lalu, saya dikejutkan dengan berita kematian seorang teman satu tingkatan sewaktu sama-sama belajar di SMKA Nurul Ittifaq dahulu. Kami berkenalan dalam masa yang agak lama, iaitu dari tingkatan 1 sehingga tingkatan 5. Walaupun kami bukanlah sahabat akrab, namun berita kematiannya meruntun hati ini. Pada pagi sabtu lepas, saya terbaca suatu post di facebook oleh salah seorang sahabat akrab arwah yang menceritakan detik-detik kematian arwah. Kisahnya, arwah mati akibat lemas dalam usahanya menyelamatkan kawannya yang sedang tenggelam. Allahu Rabbi, saya kira arwah menemui ajal dalam keadaan husnul khatimah. 


Berkali-kali saya membaca post itu. Dalam hati, saya meletakkan saya di posisi sahabat arwah itu. Allah, memang ia satu dugaan yang sangat berat untuk menerima takdir bahawa seorang sahabat karib telah menemui ajal di depan mata. Moga dia tabah menghadapi perpisahan ini. Jauh dalam benak hati ini, saya sangat gusar dan rungsing memikirkan takdir kematian sendiri. Apakah malaikat Izrail akan menarik nyawa ini ketika diri sudah benar-benar bersedia untuk menghadap Tuhan dengan amal pahala yang cukup? Apakah kehidupan saya di dunia ini akan berakhir dengan husnul khatimah? Allahu Allah, saya terdiam pada pagi itu.

3:102

" Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah sebenar-benar taqwa kepadaNya dan janganlah kamu mati kecuali dalam keadaan muslim."

Pagi itu, saya memandang sahabat-sahabat di keliling saya. Ada dalam kalangan mereka adalah sahabat-sahabat yang sangat akrab degan saya. Terlintas di fikiran, tabahkah hati ini jika berhadapan saat kematian salah seorang daripada mereka? Dan adakah mereka akan mendoakan saya andai kematian menjemputku dahulu? 


Allahu Rabbi, apakah nasibku di sana nanti? Baikkah atau sebaliknya? Aku takutkan mati, namun aku leka dengan dunia. Apakah wabak wahan sudak menular dalam hati ini?

Dalam sebuah hadis, Rasulullah bersabda yang bermaksud, " Sesungguhnya di dalam tubuh manusia ada seketul daging, jika baik daging itu maka baiklah seluruh tubuhnya dan jika rosak daging itu, rosaklah seluruh tubuhnya serta ketahuilah ia adalah hati." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

83:13
83:14
"Yang apabila dibacakan kepadanya ayat-ayat Kami, dia berkata, "itu adalah dongeng orang-orang dahulu". (13) Seakali-kali tidak ! Bahkan apa yang mereka kerjakan itu telah menutupi hati mereka. (14)"

Ya Allah, apakah hati ini telah dilitupi dengan kegelapan dek kemaksiatan yang melampau kepadaMu sehingga bila baca al-Quran, hati ini tidak tersentuh pun. 


Pada kalian yang membaca post ini, doa-doakan diri ini agar dibukakan hati dan dirahmati Allah selalu. Mungkin Allah makbulkan doa kalian dan memelihara hati ini daripada kemaksiatan.


Sampai bertemu..


Tuesday, February 5, 2013

diri yang hilang...

Bismillahirrahmanirrahim..

Allahu Allah. Lama sekali aku tidak membersihkan habuk dan sawang yang ku kira sudah lama membiak dalam laman sesawang ini. Pantas sungguh masa berlalu sehingga aku merasakan baru beberapa hari lepas aku melewati laman ini, rupanya sudah hampir lima purnama barangkali.

Sungguh, banyak sekali perkara yang aku alami sepanjang 'ketiadaanku' di laman ini. Bermula dengan musim persekolahan dari 24 september 2012 hingga 14 disember 2012, memang tiada mampu aku nafikan, rutin harian berubah sama sekali. Memandangkan jadual kelas yang agak padat, ditambah dengan kesibukan menyiapkan tugasan sebagai seorang pelajar, aku fikir ia adalah perkara normal bukan? Semenjak dari cuti musim panas dahulu, aku rasa aku tidak mahu hanya menjadi insan 'normal' yang paginya hanya belajar, malamnya berehat kemudiannya keesokannya bangkit semula melakukan rutin yang sama. Jika begitulah rutinku sebagai seorang hamba Allah, dimanakah bezanya aku dengan mereka yang belum beriman denganNya? Apakah aku mampu menggapai syurgaNya andai hidup hanya bersenang-lenang, tiada kerisauan walau sekelumit pun, tiada terlintas pun memikirkan mengenai ummah? T_T

Pertemuan dengan ustaz-ustaz terkemuka menginsafkan aku. Betapa hidup ini perlu berjuang mempertahankan kalimah Allah. Betapa syurga itu sukar untuk digapai jika hanya berpangku tangan. Betapa seruan dakwahNya wajib dilaksanakan. Teringat sebuah hadis yang disampaikan oleh seorang ustaz,


Sahabat berkata kepada Rasulullah, “Wahai Rasulullah, apakah seorang yang berjuang kerana marahkan sesuatu puak itu dikatakan jihad fisabilillah?”

“Tidak. Itu tidak termasuk jihad fisabilillah.”

“Apakah seorang yang berjuang kerana tunjuk berani itu jihad fisabilillah?” tanya Sahabat lagi.


“Tidak,” jawab Rasulullah.


“Apakah berjuang fisabilillah itu berjihad kerana bangsa?”


“Bukan.”


“Kalau begitu, ya Rasulullah, apa itu jihad fisabilillah?”

“Berjihad fisabilillah itu ialah berjuang di jalan Allah untuk menegakkan kalimah Allah hingga menjadi tinggi. Jihad itu ialah untuk meninggikan kalimah Allah.”


Kadang aku jadi malu melihat teman seusiaku sudah jauh menapakkan diri dalam medan dakwah. Sudah lama lantang menyuarakan kebenaran. Sudah teguh dengan perdirian dan fikrah yang benar. Aku? Aku jauh ketinggalan di belakang. Cuba dikejar, masih jua jauh untuk sebaris. Bangkitlah wahai jiwa! Usah lagi lemah dan lesu. Perjuangan ini tidak pernah menunggu mereka yang lambat.

Ambillah ibrah dari kisah seekor pipit pada zaman nabi Ibrahim,

Semasa Nabi Ibrahim sedang dibakar oleh raja Namrud yang zalim, seekor burung pipit berulang-alik dari sebuah kolam ke lembah tempat nabi Ibrahim sedang dibakar dengan membawa air kolam tadi dalam paruhnya yang kecil.

Kejadian ini dilihat oleh Malaikat Jibril a.s. & Jibril bertanya kpd sang pipit

"Adakah air itu mampu untuk memadamkan api yg menggila marak dan besar itu?"


Lalu sang pipit menjawab, 

"Yg dia tahu bahawa air yang dibawa tidak terpadamkan api yang ganas itu. Namun, sekurang-kurangnya aku telah menjalankan tanggungjawab dan tidak berdiam diri apabila melihat kekasih Allah dizalimi oleh orang kafir."

Sekian, sampai bertemu..


Sunday, October 7, 2012

kosong, kosong

Bismillahirrahmanirrahim..

Allah, lama sudah aku tidak menukilkan isi hatiku di alam maya ini.. Alhamdulillah, kini aku sudah berada di tahun dua pengajian dalam bidang kimia di university of sheffield. Benar kata seorang teman, "To leave our family for the second time is much sadder than the first one.." Namun, inilah pengorbanan yang harus dibayar untuk dapatkan segulung ijazah kan.. Please grow up engku..Ngeh3~

Kali ini aku sudah bergelar senior kepada junior-junior yang baru tiba. Pada mulanya, aku agak kekok untuk bergaul dengan mereka kerana kebanyakannya adalah lebih tua usianya daripada aku. Bukan apa, aku sebenarnya jenis seorang yang segan untuk membahasakan "aku" dan "kau" bila berbual dengan mereka yang lebih berusia.(walaupun beza cuma setahun dua). Untuk bahasakan "saya" "awak" macam geli pula. Haha. Akhirnya, aku buang semua rasa segan aku itu, bahasakan "aku" "kau" sahaja. Itu lebih mengeratkan bukan. Pesan seorang teman, "Pedulikan dia lagi tua ke tak, bahasa diri tu bukan tanda hormat atau tak, namun lebih kepada permulaan perkenalan sahaja. Dia pun tak kisah la."

Ok, pasal kuliah pula. Alhamdulillah esok akan bermulanya minggu ketiga sesi akademik. Ya, benar kata senior, tahun dua memang "tough". Habuk pun tak faham bila masuk kuliah. Haha. Namun aku percaya, kalau betul-betul 'sit back and revise', inshaAllah akan faham.

Haa, sebenarnya aku ada beberapa ayat-ayat 'best' nak 'quote' kat sini.

"People wont question you if you can't do something big in your society, but then people will definitely question if you cant even do the small things." Contohnya, kalaulah kita tak mampu menyumbang sesuatu yang besar kepada masyarakat, orang takkan persoalkan. Tapi, kalau benda kecil pun kita abaikan, memang orang akan mengata. Contohnya, bilik bersepah, makan tapi tak basuh pinggan dan banyak lagi la benda-benda remeh yang diabaikan. And to those such people, sorry I have no respect to you. Hilang tsiqah. Haha.

"Dont prejudge a person by his/her appearance in public. A person who looked bad doesn't mean he is bad, and vice versa." Hurm. No need to explain more on this. Nobody is perfect kan.

Erm, sebenarnya ada lagi quotes yang nak kongsi, tapi 'blank' pula sekarang ni. "Kosong, kosong ooo". Haha.

Ok la, sebenarnya dah pukul 11.26 malam sekarang waktu uk. Tengah buat tutorial sebenarnya sekarang, curi-curi masa sebentar mengisi ruangan yang bersawang ini. Ok, sampai bertemu.



Hari ni aku dilanda homesick yang parah. Huhuhu. Allah, Kau peliharalah kedua ibu bapaku dan seluruh ahli keluargaku dan kurniakanlah rahmah dan rezekiMu pada mereka. Amin.

p/s: Akhirnya tertulis juga entry blog ni..huhu..:)

Friday, May 25, 2012

exam oo exam..

Bismillahirrahmanirrahim..
  Sebulan sudah aku tidak post apa2 dalam laman sesawang yang sudah bersawang ini.. Bukan kerana tidak mahu, namun kerana tidak tahu apa yang perlu ditulis dan dibatasi masa yang terhad.

Sekarang ni, aku masih lagi dalam mood exam. Setakat ni sudah 3 kertas peperiksaan aku duduki dan masih berbaki satu lagi. InshaAllah pada 29 mei ini.

Hurm, sekadar untuk berkongsi pengalaman sepanjang exam kali ini. Pada 21 mei, aku duduki kertas peperiksaanku yang pertama. Kertas ini mengandungi tiga soalan utama yang terdiri daripada 2 soalan organic dan satu soalan physical chem. Bila mengenangkan kembali soalan pertama itu, kadang hati ini sedih. Sebabnya, dalam soalan itu ada satu bahagian yang aku tersalah buat. Entah mengapa, aku tak dapat mengenal pasti struktur sebenar molekul yang ditunjukkan itu, maka aku buat dlm keadaan " the way around". Allahu rabbi.. Bila habis exam, baru perasan sebenar molekul tu sekadar diterbalikkan sahaja.. Sejurus itu, memang aku sedih. Tapi bila aku tengok seorang sahabat aku ini yang tenang sahaja, aku jadi malu. Malu kerana susahnya untuk redha, malu kerana lupa bahawa itu semua dgn izin Allah, malu kerana rendahnya sabarku. Alhamdulillah, lepas solat zuhur petang itu, hati ini tenang. Ya, mungkin Allah hijabkan pandangan aku untuk soalan itu, namun Allah jualah yang membuka mindaku agar dapat menjawab soalan-soalan yang lain. Alhamdulillah..Terima kasih Allah..Rahmat-Mu melimpah..

Pada 25 mei pula,aku duduki kertas peperiksaan kedua. Tajuknya chemistry in the world around us. Kertas ini agak mencabar sebab ada 6 soalan yang berbeza-beza topiknya, namun diberi pilihan untuk menjawab 4 soalan sahaja. Alhamdulillah, Allah permudahkan. Walaupun soalan pertama itu, aku jawab dalam keadaan yang sangat terkeliru, aku redha. Dan aku yakin akan pertolonganMu. Terima kasih ya Allah.

Pada 26 mei pula, aku duduki kertas peperiksaan ketiga iaitu mathematics for chemist. Alhamdulillah, aku bersyukur padaMu. Sejujurnya, aku tidak meletak harapan yang tinggi pada kertas ini. Mana tidaknya, masa dalam kuliah, aku hanya menyalin semua nota-nota yang diberi tanpa memahaminya pun. Bila diberi homework, aku sekadar meniru sahabatku. Alhamdulillah, masa tengah buat ujian ini, ilham untuk menjawab soalan-soalan diberi oleh Allah. Walaupun untuk beberapa soalan terakhir itu sangat sukar, dan ada yang aku tak tahu jawab, aku gembira. Kerana apa, kerana aku sedar usahaku hanyalah sedikit sahaja.

Keseluruhannya, benar.. Memang banyak kesilapan-kesilapan sepanjang exam ni yang boleh diperbaiki. Bila difikirkan balik, semua kertas-kertas peperiksaan tu boleh di buat dengan baik. Cuma, mungkin kurangnya kebergantungan aku pada Allah menyebabkan ada yang aku terkandas. Ampuni aku ya Allah..

Ok, itu sahaja yang ingin aku nukilkan. Semoga bertemu lagi..

p/s: Kena ingat bahawa bukan dengan usaha kita berjaya, dengan rahmatNya jua kita berjaya.
p/s: inshaAllah, 9.40 mlm 12 jun 2012, aku akan tiba di klia..Tidak sabar menanti waktu itu. Rindu untuk menatap wajah ibu dan ayah.. Mak ayah, aku hanya mengharapkan doa dan redhamu..
p/s: Maaf sahabat2ku andai aku terkasar bahasa. Tiada niat di hati. Terima kasih kerana sama-sama mengulang kaji pelajaran..
p/s: Mungkin bayangan first class itu menjauh,namun ia belum pasti kerana kuasa Allah tiada siapa yang tahu.. Teruskan berusaha dan tingkat kebergantungan serta tawakal padaNya.
p/s: Memang sengaja aku luahkan isi hatiku dalam entry kali ini. Moga2 bila aku menghadapi momen2 yang sama seperti ini kelak, ia akan jadi satu peringatan untuk aku redha padaMu.
p/s: Terima kasih pada doa-doa kalian padaku..:)


Monday, February 13, 2012

no title

hari ini, aku tak mengerti apa yang berlaku pada aku...
jiwa terasa hilang..
hati seakan kosong..
lidah seolah kaku..
mata celik namun kelam pandangan..
telinga mendengar tapi fikiran melayang..
kadang bila aku melayan perasaan..
terasa kolam mata ini bertakung..
sesekali kolam itu melimpah jua..
sungguh, aku tidak mengerti..

mak,anakmu ini rindukanmu..

Saturday, February 4, 2012

between sun and snow...

Assalamualaikum wbt..
Hari ini aku terima dua berita..
satu berita suka..
satu berita duka..
gembiranya kerna salji akhirnya turun..
putih meliputi tanah..
benar, amat lembut  bila disentuh..
manja sekali bila digenggam..
laranya... terlalu peribadi untuk dikongsi..
yang pasti dunia ini tidak pernah zalim padamu..
namun, isi alamnya yang kejam..(yakni manusia)

Ok, tak ada apa2 nak tulis pun..sekadar ingatan pada tarikh ini..moga2 bila aku gembira kelak,masih aku berpijak pada asal usulku...

p/s: "bukan dengan usaha kita berjaya, tapi dengan rahmat Allah kita berjaya.." alhamdulillah dah habis exam, moga2 dapat yang terbaik..
p/s: "dunia ini terlalu murah untuk ditangisi".. hurm, bohonglah jika tidak pernah menangis kerna dunia.. yang perntingnya, bukan kerna murahnya dunia untuk ditangisi tapi kerna mahalnya syurga untuk dimiliki...

Friday, December 30, 2011

the END

Bismillahirrahmanirrahim..
    Jujurnya, tak tahu nak tulis apa kat blog ni.. Sebabnya kepala terasa kosong lepas seharian baca bio hari ni.. Memang sekadar baca nak jawab test pun, tak lekat pun kat dalam kepala ni.. Apalah nak jadi.. Ni lah yg terjadi bila dah 3 tahun tak belajar bio, pastu tiba2 ulang kaji bio sebab nak jawab test.. Memang tak paham la apa benda yang dibaca tadi..T-T..
   Errrr, nak tulis apa ni?? Adoi~ kosong je fikiranku.. Ngeh3~
   Oo ya.. Minggu lepas, aku telah ke suatu winter gathering.. Fuiyo namanya.. Eh, bukan fuiyo yg perghh tu.. Tapi gathering tu memang FUIYO namanya.. Singkatan kepada Fun with I Luv Islam Youth Oversea.. (hurm betul ke ni?? sebenarnya lupa singkatan kepada apa..tapi lebih kurang kot..haha..) Alhamdulillah banyak ilmu yg dapat dikutip sepanjang kem tu.. Tambah2 lak, antara penceramah yg terlibat adalah ustaz zamri.. Fuh, mmg mantop la..
   Erm, rasa nak share gak ilmu yg dikutip kat fuiyo tu.. Tapi siket2 je la sebab skrg dah pukul 11.50 malam.. Pastu, otak ngah blank skg..Haha.. Ok, mari kita ungkapkan........
Antara ciri2 jemaah unggul adalah:
1) Pencapaian yg unggul
2) Pelanggan setia
3) Pekerja dgn budaya berkualiti
4) Penghasilan yang berkualiti
Haaa, nape tibe2 cakap sal jemaah lak ni.. Sebabnya, memang sebagai seorang muslim, kita wajib berdakwah kan.. Dan kalau nak berdakwah, kita tak boleh buat sorang2, kena berorganisasi.. Ringkasnya, kena berjemaah.. Dan sewajarnya sebelum kita terikat atau sertai mana2 jamaah, kita haruslah memahami intipati jamaah itu sendiri, meliputi tujuan, misi, gerak kerja dan yg paling penting kenalah berdasarkan Quran dan Sunnah sebagai dasarnya..
Ciri2 Harakah islamiah:
1) Rabbaniyyah (ketuhanan)
2) Syumuliyyah (menyeluruh)
3) Alamiyyah (kesejagatan)
4) Waqi'iyyah (praktikal)
5) Thabat dan murunnah (tegas pada prinsip dan fleksibel pada teknikaliti)
6) Inqilabiyah (tertegak atas keruntuhan jahiliyyah)
Kalau kita memandang kepada situasi di Malaysia, terlalu banyak jemaah yg ada.. Namun, sebagai seorang manusia yg punya kudrat dan akal untuk memilih, maka gunakanlah akal itu sebaiknya untuk berfikir.. Ingatlah apa yg kita pilih tu, menentukan siapa yang memimpin negara kita..:)

Ok, usai sudah cakap pasal fuiyo.. Sempena tahun 2012 yg bakal muncul tiba ni, nak ucapkan selamat tahun baru.. Sebenarnya tiada istilah tahun baru pun kan.. Sebabnya, sebagai seorang muslim, kita kenalah menjadi orang yg sentiasa lebih baik dari semalam.. Mati tu tak mengira waktu dan ketika.. Ok, mata dah menuntut haknya.. Sampai bertemu lagi..

p/s: kita bersembang hanya di blog ini.. Moga2 anda membacanya.. Yes, i do bring it and wear it..:)
p/s: Doakanku utk final exam yg akan menjelma nanti.. 16 JAN nanti..
p/s: Selamat berangkat kepada sahabat2 ku yang fly minggu depan.. Moga2 kalian tabah melewati sebuah perpisahan..

Friday, December 16, 2011

endless

Bismillahirrahmanirrahim..
   Alhamdulillah.. Tamat sudah perjalanan semester satu. Kini tinggal lagi lebih tepat2 sebulan untuk end sem exam. Namun, masih tiada perancangan nak ulang kaji. Malam ni, patutnya aku perlu packing2 barang. Esok hajatnya nak ke manchester, pastu bermalam di sana sampailah 22hb hb.. Then bertolak dr sana ke exeter lak,nun jauh di selantan uk.. sebenarnya di barat daya uk.. Sebentar2.. keliru dah ni.. Kalau arah diantara barat dan selatan, dipanggil barat daya ke ataupun barat laut?? Sungguh, aku keliru.. Adoi~
   Haa, buat apa kat exeter?? Kat sane ade winter gathering sesama pelajar2 msia yg ade kat uk ni.. Wah, inshaAllah best!! Doa2 moga mase tu, salju sedang lebat memutih.. Subhanallah..
   Hurm, lama rasanya tidak post sesuatu yg bermanfaat.. Asyik luahan perasaan je kat alam maya ni.. Kalau dulu, punya ramai sahabat untuk dikongsi rasa.. Namun kini.. Bukanlah itu bermakna aku tiada kawan di sini.. Memang ramai pun, dan semua baik2.. Tapi entah kenapa aku lebih memendam rasa di sini.. Mungkin inilah saatnya untuk aku belajar berdikari, perlu teguh di atas kaki sendiri, perlu kukuh dengan pendirian sendiri, perlu tabah hadapi hidup ini.. Hurm, luahan rasa lagi.. Memang aku manusia yang lemah..
   Hidup di negara orang ni, memang banyak ujiannya.. Aku sering dengar orang cakap "iman tu naik turun".. Tapi kat sini, iman tu dah keluar masuk.. Besarnya dugaan di sini.. Kalau keluar dari rumah, mata memang kena jaga.. Nasib baik sekarang ni tengah musim sejuk, kuranglah siket seksanya.. Itu pun dah sakit mata ni memandang.. Entah bagaimana la nanti tika mentari kembali menyinar.. Kalau di malaysia, ramai yang akan guide kita. Kalau kita tak malu dengan Allah pun, sekurang2nya kita malu dgn kawan2 sekeliling kita. Namun di sini, memang perlu kekuatan diri yang kuat.. Contohnya adalah solat subuh. Sekarang ni waktu syuruk dlm 8.15 pagi.. Serius lambat kan.. Di situlah Allah nak uji takat mana iman kita... Ditambah pulak, jarak masjid yang agak jauh dri rumah.. Sebenarnya dalam 15 minit perjalanan je, namun sebab jalannya berbukit, tidak ramai yang sanggup berbuat sedemikian.. Ditambah lagi dgn cuaca yang sejuk, memang lagi siket la manusia yang sanggup meredah malam ke masjid.. Termasuk diri ini yang lemah..
     Acap kali rindu bertandang,
rasa itu tiada bisa dihalang,
air mata pun tak terbendung,
pantas saja ia berlinang,
meski jarak yang menjadi jurang,
kita bersua tiada jarang,
Tuhan berilah hati ini tenang,
hadapi hidup nan merintang,
melangkah jalan yang terbentang,..

sebenarnya banyak yang ingin di ungkapkan di sini, namun mungkin lain kali..

p/s: Hargailah orang yang menghargaimu, kerna mungkin suatu hari nanti dia kan berpaling arah darimu kerna sikapmu begitu..
p/s: Kalau tidak mampu menjadi garam yg menyegarkan daging, jangan jadi langau yang merosakkannya..
p/s: Kasih manusia memang bermusim, hanya kasih Tuhan yang abadi..
p/s: Usah pura-pura dengan kata2, katakanlah yang sebenarnya..
p/s: Memang benar ikhlas itu sukar, namun lakukanlah kebaikan walau hati memberontak.. Allah sedang menilaimu..
p/s kepada p/s: inilah antara apa aku belajar selama seminggu yang lalu..



Friday, October 21, 2011

T-T

 bila kerinduan ini bertandang..
hanya air mata yang menemani...
pantas, kenangan-kenangan silam menggamit..
silih berganti...
teriang-iang akan suara mereka..
kadang-kadang senyuman tiba-tiba terukir di bibr..
kerna gurauan semalam..
kadang-kadang mata tiba-tiba berkaca..
kerna sedari itu hanya kenangan..
benar, ia hanya kenangan..
ya, patah tumbuh hilang berganti..
tapi itu hanya ungkapan ciptaan manusia..
mereka tak pernah "patah", 
malah tak pernah "hilang,
dan tak mungkin berganti..
mereka adalah mereka..
yang mencorak hidupku..

p/s: aku bukan mencari kawan yang beribu,..tapi aku mencari kawan seperti "mereka"..
p/s: mood mmg tgh emo..

Saturday, October 1, 2011

sekadar....

Bismillahirrahmanirrahim..
baru seminggu duk kat negara orang ni..
tibe2 pg ni ase sayu lak..(kat sini skrg pukul 7.22pg.)..
leh dikatakan tiap2 mlm mimpi sal keluarga..
hurm, bile jaga jer, terus bukak hp pastu tgok gamba2 mse kat airport..
aduh..
napelah cepat sgt rindu ini menjengah..
ari tu, aku kol ayah aku tp x angkat..
lam sejam kemudian, ayah aku msj..
"Assalamualaikum mi (ni pggilan aku kat umah). Apa kaba? Ku (pggilan kitorg kat ayah) di sini sihat sahaja. Ku skrg xder kat umah. Telefon kat ma kalu nak ckp.."
terdiam sbentar mse bce msg ni..sebak pun ade gak..
teringat hari2 terakhir mse ngn keluarga..
mlm last sblum fly,kitorg 1 keluarga keluar mkn sme2..
kat kajang, mkn satey..
tp mlm tu aku diam jer, melayan perasaan sendiri..
mase lam kete otw ke kajang..
berderai gak la air mata aku..
tu mlm last ngn keluarga sblum fly..
aku sembunyikan air mata aku xnak ada sape2 yg perasan..
kebetulan aku duduk kat tepi tingkap, jd xder la org perasan aku ngah nangis..
sampai je kat kedai mkn tu, aku cube senyum..
alhamdulillah, xder yg perasan..

keesokan tu, hampir2 kul 4 pg tu, kitorg gerak ke airport..
perasaan pg tu mcm sedikit excited..
akhirnya cita2 nak fly tercapai gak..
sesudah selesai urusan luggage dan solat subuh (around 6.40 pg)..
kitorg g breakfast..
tp aku sorg jer yg mkn..
mkn kat mcd..
tepat jam 8 pg, sume kena berkumpul depan satu kedai buku utk sesi taklimat..
mse tu la aku ambil gamba2 ngn keluarga aku..(tuk simpanan peribadi shj)
pastu sbb ralit ambil gamba jer, kitorg b'lima(pelajar2 bwh kpm) lewat utk sesi taklimat ngn pegawai mas..
hurm, kena sindir gak ar..
tp aku sikit pun x terasa..
sbb nya fikiran aku ngah pk sal bende lain..
sesudah abis taklimat ngn pegawai mas,sesi taklimat ngn pegawai kpm lak..
mse tu, kak rohana(pegawai kpm) suruh aku bce doa..
pd yg mendengar dan meng'amin'kan doa, mungkin sudah perasan suara aku yg sebak..
nak menitis air mata mse bce doa tu..tapi aku tahan..
pas abis bce doa, puan shafinaz(pegawai kpm) kabo..
"saya bg masa lam 5 minit tuk awak sume jupe keluarga awak, nak salam2, peluk2..
pastu, kite turun ke bwh.."
apa lagi....
hurm...berderai air mata aku..
org pertama yg aku salam,cium dan peluk adalah mak aku..
aku tgok mata mak berair..
air mata aku kian mencurah2..
mak pesan jgn lupe solat dan belajar rajin2..
sesudah tu, aku slm,cium dan peluk ayah aku lak..
air mata terus mengalir..
aku tahu ramai yg memandang,tp aku x kisah pun..
sesudah tu, aku salam,cium dan peluk nenek,kakak2,abg,adik,dan 2 org ibu sedara aku..
sume turut menangis gak..
makin sebak dada aku..
lepas abis sume org aku salam..
aku peluk mak aku lg sekali,.
mak ckp jgn la nangis lg..sume org tgk tu..
hurm, makin ckp mcm tu, makin la aku nangis..
sesudah tu, aku peluk ayah aku lg sekali..
org terakhir yg aku peluk..
mse tu aku tgok mata ayah pun merah gak..
sabarlah duhai hati..
dgn berat hati, aku terpaksa berpisah dgn keluarga utk sementara waktu..
hanya lambaian tgn dr jauh shj yg aku mampu sesudah turun ke balai berlepas..
sesekali aku pandang sahabat2 aku yg lain(sumenya perempuan)..
dan aku baru perasan yg aku plg dahsyat menangis..
terus, aku cube tenangkan hati..
kuatkan jiwa..
dan aku mampu senyum kembali..
inilah pilihan aku..
aku yang memilihnya..
dan inilah takdirku..
dan aku harus tempuhinya..
dan aku yakin aku pasti tersenyum di akhir perjuangan ini..

SELAMAT TINGGAL MALAYSIA..

kalau ada umur yg panjang, pasti aku akan kembali..

p/s: post ni emo sikit.. sekadar luahan hati yg terbuku..


Monday, August 22, 2011

tempias A level..

Assalamualaikum wbt...

Setelah sekian lama no entry, akhirnya ada peluang gak nak update blog ni.. Maklumlah masa kat umah, xder internet.. Sekarang ni pun ngah duk kat shah alam, baru jupe internet.. Hoho..

Alhamdulillah.. Penantian sudah berakhir.. Result a-level pun dah kuar.. Syukur lepas.. Walaupun tak segempak mana pun keputusan, aku tetap bersyukur.. (Usaha pun tak sekuat mana, ada hati nak dapat lebih2..haha) InsyaAllah, uk akan aku jejaki jua..

Hurm, dalam kita bergembira, jangan lupa pada yang tiada..(ni bukan lirik lagu raya ya..) Dalam ramai2, ada juga kawan2 aku yang tak lepas.. Aku cuba letakkan aku kat tempat mereka, dan aku pasti aku akan bersedih yang amat sangat kalau tak lepas.. Ya, memang hidup ni bukan hanya a level, tapi kita ni manusia biasa.. Pasti sedih bila gagal kan.. Kalau dapat markah 79, 1 lagi nak 80 pun kita dah tension, inikan pulak tak lepas a level.. Lagi2 la kan.. Bersyukurlah.. Pada mereka yang tak lepas tu, bukan bermakna anda gagal.. Rezeki tu Allah dah tetapkan.. La tahzan..

Oo ya, sempena ramadhan yang mulia ni, perbanyakkan mengingati ALLAH.. Ihfazillah yahfazka..(kita ingat Allah,Allah ingat kita).. Siapa kita dan bagaimana kita hidup menentukan bagaimana kita mati.. Analoginya,lori yang mengangkut pasir jika berlanggar,maka pasirlah yang berterabur.. Namun, jika lori itu mengangkut sampah,maka sampahlah yang terterak.. Jadi, jika lidah kita sering berzikir mengingati Allah, insyaAllah matinya kita pun dalam keadaan mengingatiNya.. Moga2 kita di matikan dalam husnul khatimah..

Jari jemari akhirnya dapat juga menari2 di atas papan kekunci ni..hoho.. Sampai bertemu lagi..

p/s : Mungkin ada yang bertanya nape sudah tiada kata nama "ana" dalam latest update ni.. Nape tiba2 guna "aku" lak.. Haa, di situlah jawapannya.. "Ana" maksudnya "aku" juga kalau di terjemahkan.. Jadi, tiada beza pun..





Thursday, May 26, 2011

terBAIK!!!!

Bismillahirrahmanirrahim..
   Hati berbunga-bunga nak tulis blog hari ni.. Maklumlah tadi baru lepas menjawab senaskhah kertas peperiksaan yang "terBAIK ".. STATISTIK!!! memang terbaik dari ladang soalan2 nya.. 

erghh! erghh! enrghh! ( sambil tangan di dahi)
berpeluh-peluh dahi nak jawab tadi..
terketar-ketar tangan nak belek helaian page..
berdegup kencang jantung ini.....
bukak page ni kosong...
bukak page tu kosong,...
arghhh, blank giler.....
macam x pernah belajar pun...
memang menguji mental.....
pikir punye pikir tapi.................................................

tapi tak mengapa... mungkin itu je kemampuanku..
 moralnya: dont be panic.. relaxe.. hold your breath.. take time to pray.. ask to Him.. And He will guide you to answer it..

jangan mudah putus asa.. perjalanan masih panjang kan..kita merancang, DIA pun merancang.. dan perancanganNya itulah yang terbaik.. sabarlah menanti hikmah..

p/s : syukran kepada seorang sahabat ni sebab tenangkan hati yang luluh ini tadi..

sampai bertemu dalam episod a level seterusnya..

Tuesday, May 24, 2011

Jeritan batinku!!!

Bismillahirrahmanirrahim..
      humppppppphhh... saat ni hati sedang mengeluh panjang... macam2 lam benak kepala ni.. pikir pasal ni, pasal tu la.. Aisyh, terasa sesak dada ni.. Kadang2 terasa ingin meraung sekuat hati.. Entah kenapa hati merasa begini.. hari ni baru je lps exam phy unit 1.. Alhamdulillah syukur pada Allah.. tapi.....................arghhhhhh!!!!!!!

Ok... dah lega.. xdapat nak jerit betul2 pun, jerit lam alam maya pun jadi la kan.. mengapa la kau nak sedih2 weh engku mohd sharul akimi bin engku ismail??? ingatlah,"dunia ni terlalu hina untuk ditangisi".. bear it on mind!!
Tapi hati kecilku berbisik,"aku tak sekuat itu..aku hanya manusia biasa yang merasa sedih pabila ditimpa musibah.." Ok fine, perasaan tu normal la kan.. everyone does feel it.. chill la.. Ingat tak Allah berfirman dlm surah al-Baqarah ayat 286,"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya......" Apa lah sangat kau alami ni engku berbanding dgn org lain.. ramai lagi yang sedang berduka di luar sana.. mereka ditimpa dugaan yang jauh lebih berat.. maka bersyukurlah.. Ingat," orang yang paling kaya adalah orang yang paling bersyukur".. Tiba2 terkenangkan nasib anak2 yatim yang tertimbus lam tanah runtuh kelmarin.. sebaknya dada masa baca berita tu.. Innalilllahi wainna ilaihi raji'un.. Tengok tu engku, diorang ditimpa dgn ujian yang sangat2 berat kan.. Cube kau letak diri kau kat tempat mereka, macam mana kau nak tanggung ha kalau sebab xdapat jawab exam pun kau dah sedih2 camni?? Astaghfirullahalazim..ampunkan aku ya Allah.. bukankah kemenangan dan kejayaan itu milik mutlak Kau?? Aku hanya mampu usaha dan terus usaha..Selebihnya hanya padaMu aku berserah.. Hah, macam tu lah.. buat apa la nak sedih lama2 kan.. sedih sikit2 sudah.. tapi jangan x sedih langsung lak, tu tanda orang yang selalu pandang remeh jer..mudah-mudahan dgn kesedihan yang sekelumit ni, kau akan jadi lebih bersemangat engku.. ingat, 12 paper lagi tinggal.. BANYAK tu..!! Jauh lagi perjalanan.. teruskan berusaha ya engku..alolololololololo....

alhamdulillah rasa sangat lega skrg ni.. mekasih ya nasihat..jadi. ayuhlah kita mentelaah pelajaran lagi.. DONT OVERLOOK ON THE SMALL MATTER THAT YOU THINK YOU KNOW HOW TO DO IT BEFORE YOU MASTER IT!!!

Thursday, April 28, 2011

Rintihan Hati

Assalamualaikumussalam wbt..

     Bahgianya bila tengok wajah2 sahabat2 ana yg pulang ke rumah masing2, dapat bertentang mata dgn mak ayah, dapat bersalam dgn mereka, dapat memeluk mereka, dapat leraikan rindu yang telah lama bersarang dlm hati masing2.. Namun, ana hanya mampu mendengarkan sura mak ayah melalui telefon jer.. Kalau diikutkan hati ini, nak jer pergi beli tiket bas sekarang dan terus pulang ke kampung.. Namun, mak pesan, "Dok payohlah balik cuti ni, tinggallah kat kolej nuh, ngaji molek2". Apa boleh buat, walau hati ini nak balik juga, namun perintah mak ana turutkan jugak.. Berair mata bila kenang diri ni tak leh balik.. Allah saja yang tahu betapa hati ini meronta-ronta nak balik.. Sebabnya kalau tak balik sekarang, maknanya ana kena tunggu sampai bulan 7 ni la baru boleh umah.. Umphhh, hati mengeluh lagi.. Mampukah diri ini menanggung rindu ini untuk masa yang sekian lama.. Ana cuba kuatkan hati ini, tapi bila dengar je sahabat2 berbual2 psl rumah, tiba2 mata ni terus berkaca.. Maaf sahabat2, bukan ana sengaja tapi inilah rintihan seorg anak.. Ya, katalah apa sahaja.. Bagi ana, tidak salah apa pun untuk seorang anak menangisi kerana rindukan ibunya.. Malah,ana bersyukur sbb rasa sayang ana masih kuat pd kedua ibu bapa ana.. Moga2, dgn kasih syg ni akan membawa ana ke syurga.. Redha Allah terletak pada redha kedua ibu bapanya.. Bagi sahabat2 yang dapat pulang ke rumah tu, bersyukurlah.. Sama2lah kita hargai kedua ibu bapa kita.. Jangan sesekali ingkar perintah mereka.. Mereka sayangkan kita melebihi kita sayang pada mereka.. Seorang sahabat ana berpesan,"Kalau derhaka kata mak dosa besar, taat kat mak insyaAllah pahala besar.." Terima kasih sahabat sebab ingatkan..


Uuuu...
Kenangi Ibu Bapa
Doakanlah Sejahtera
Kita Anak Harus Membela
Apabila Sudah Dewasa

Jangan Biarkan Mereka
Sia-Sia Di Hari Tua
Kecewa Hidup Dan Merana
Kerna Perbuatan Anak Derhaka

Bahgiakan Mereka
Hingga Ke Hujung Usia
Bila Sampai Waktu Ajalnya
Anak Soleh Sebagai Harta

Hai... Ibu Bapa
Kami Permata Anda
Tidak Jemu Berdoa
Agar Sejahtera Terpelihara

Di Dunia Bahagia
Akhirat Pun Begitu Jua
Inilah Harapan Kami Semua
Moga Allah Kabulkan Doa 
-rabbani, anak soleh-

Sunday, April 17, 2011

La tahzan

Assalamualaikum wbt..
 Hari ini ana tidak ke kelas atas sebab2 yg tak disengajakan.. Ini first time sepanjang ana kat intec ni,ana tak ke kelas.. Kepada yg bertanya kenapa tu, nanti ana ceritakan kenapa ya..
 Berbaki dgn masa terluang sebab tak ke kelas ni (bosan tak tahu nk buat apa dlm bilik..huhu) , ana nak berkongsi satu buku yg sdg ana baca skrg ni.. "LA TAHZAN" tajuk buku ni, karya dr. 'Aidh bin 'Abdullah Al-Qarni yang telah diterjemahkan ke dlm bahasa melayu.. Mungkin ramai yg selalu dgr kata2 "la tahzan", "jgn bersedih", "dont be sad" kan.. Ana pun terfikir, mgkin kalian sudah khatam baca buku ni..tapi bila ana tunjukkan buku ni kat bbrapa sahabat ana, rupanya kalian belum pernah baca pun lg.. Inilah yg buat ana lg bersemangat nk berkongsi serba sedikit mengenai buku ni..:)
Jujurnya, ana baru je baca sampai page 14 sbb ny ana tiba2 termenung panjang bila sampai kat subtopik ni..Teks nya lebih kurang seperti di bwh slps di edit sedikit( sbb pnjg sg.:))

                                    "Masa depan akan datang dengan sendirinya"
Firman ALLAH dalam surah An-Nahl, ayat 1 : ".....sesuatu yang telah ditentukan oleh ALLAH pasti akan datang, maka janganlah kalian minta untuk disegerakan..." Oleh kerana itu, janganlah anda mendahului sesuatu yang belum terjadi! Apkah anda mahu memetik buah-buahan sebelum masak? Hari esok adalah sesuatu yg belum nyata, dan dapat diraba; belum berwujud, dan tidak memilik rasa dan warna. Lalu, mengapa kita harus menyibukkan diri dgn hari esok, mencemaskan kesialan2 yg mgkin akan terjadi pd nya, memikirkan kejadian2 yg akan menimpanya, meramalkan bencana2 yg bakal ada di dalamnya? Bukankah kita juga tidak tahu apakah kita akna bertemu dengannya atau tidak, dan apakah hari esok kita itu akan berwujud kesenangan atau kesedihan? Yang jelas, hari esok masih ada dalam alam ghaib dan belum turun ke bumi. Dalam syariat, memberi kesempatan pada fikiran utk memikirkan masa depan dan membuka2 alam ghaib, dan kemudiannya terhanyut dlm kecemasan2 yg bru diduga darinya adalah sesuatu g tak dibenarkan. Kerana, hal itu termasuk thulul amal (angan2 yg terlalu jauh). Biarkan hari esok itu dtg dgn sendirinya; jgnlh anda menanyakan khabar beritanya, dan jgn pula anda menunggu. Sebab, hari ini anda sedang sibuk.

Lalu ana pun terfikir..

Tinggal 2 bulan je lagi ana kat intec ni.. Maknanya hanya tggl 2 bulan je lg dapat sama2 berjuang dgn shbt2 ana ni.. Lepas tu, semua bawa haluan masing2.. Ada yg ke germany, ada yg ke ireland, ada ke us, ada buat twinning program kat msia lg.. Dan ana pula insyaAllah ke uk ( biiznillah). Maka, kita akan berpisah wahai shbt2.. Lepas ni dah x der la istilah "study sama2 kat surau", tiada lagi "usik-mengusik",tiada lagi "jom main pinball".. MasyaALLAH, indahnya saat ni.. Tapi bila baca baca buku ni, tiba2 terfikir kenapa harus ana merunsingkan fikiran fikirkan tentang perkara yg masih belum berlaku. Pertemuan dan perpisahan itu kan lumrah alam. Mungkin kita berpisah sementara, nanti mungkin kita akan bertemu kembali. Mungkin nanti kita berjiran.. Atau mgkin nanti kita akan jadi saudara mara, Atau mgkin nanti kita bekerja kat tmpt kerja yg sama. Itu kan rahsia Allah.. Sesungguhnya Dia maha mengetahui apa tidak kita ketahui kan.. Lalu, ana cuba memujuk hati ini.. Jangan bersedih wahai hati.. Bersabarlah menanti hikmah..

Inilah luahan hati seorang insan.

Abu Hurairah ra telah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
"Terdapat 7 golongan yang akan mendapat lindungan arasyNya pada hari yang tiada lindungan melainkan lindungan daripadaNya. Pemimpin yand adil; pemuda yang masanya dihabiskan untuk beribadah kepada Allah SWT; seseorang yang hatinya terpaut pada masjid; 2 lelaki yang berkasih sayang dan bertemu dan berpisah kerana Allah SWT; lelaki yang digoda oleh perempuan cantik dan berpengaruh untuk melakukan maksiat tetapi dia menolak dengan mengatakan Aku Takutkan Allah; seseorang yang bersedekah dan menyembunyikannya sehinggakan tangan kanannya tidak mengetahui apa yang diberikan oleh tangan kirinya; dan seseorang yang mengingati Allah ketika bersendirian sehinggakan mengalir air matanya kerana Allah SWT.”

Saturday, April 16, 2011

syukran alaikum..

Assalamualaikum wbt.. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw.
  Apa khabar iman kita hari ini? Harap2 nya bertambah mantap,insyaAllah.. Di malam yg hening ini,tiba2 terkenang apa yang berlaku sepanjang minggu ni.. Kepala agak bingung bila fikir tentang masalah2 yg melanda,baik pada diri ini sendiri mahupun pada sahabat2 ana juga.. Namun, masalah dan ujian tu fitrah insani kan. Dari situ baru terasa keindahan hidup ini .. Malah,orang tak ditimpa masalah itulah yg bermasalah.. Disini bukan ingin bercerita tentang masalah yang berlaku, tetapi ana ingin berterima kasih pada sahabat2 ana yang sudi menjadi telinga, mendengar rintihan ana ini.. Bukan tanda tidak redha dgn ujian yg melanda, tapi sbg manusia yg serba kekurangan, kita memang memerlukan seseorang utk berkongsi rasa kan.. Dan ana mengaku, setiap kali ana luahkan masalah ana,terasa separuh bebanan yg di tanggung itu hilang.. Walaupun tidak semua, tapi itu sudah cukup bermakna utk ana.. Ana juga terharu apabila kalian menceritakan masalah kalian pada anda. Terasa diri dihargai dan ana bersyukur kalian mempercayai ana sebagai sahabat kalian.. Pada kiraan ana, hal2 beginilah yg membuatkan ukhuwah kita semakin erat dah utuh.. Ana berdoa, biarlah ia berterusan sampai bila2.. Amin..


 يَـٰٓأَيُّہَا ٱلنَّاسُ إِنَّا خَلَقۡنَـٰكُم مِّن ذَكَرٍ۬ وَأُنثَىٰ وَجَعَلۡنَـٰكُمۡ شُعُوبً۬ا وَقَبَآٮِٕلَ لِتَعَارَفُوٓاْ‌ۚ إِنَّ أَڪۡرَمَكُمۡ عِندَ ٱللَّهِ أَتۡقَٮٰكُمۡ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ۬
"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal." - [Al Hujurat: 13]


Selama ini kumencari-cari
Teman yang sejati
Buat menemani
Perjuangan suci
Bersyukur kini padaMu Ilahi
Teman yang dicari selama ini
Telah kutemui

Dengannya disisi
Perjuangan ini
Senang di harungi
Bertambah murni kasih Ilahi
Kepada Mu Allah
Kupanjatkan doa
Agar berkekalan kasih sayang kita
Kepadamu teman
Kupohon sokongan
Pengorbanan dan pengertian
Telahku ungkapkan segala-galanya






Thursday, April 14, 2011

muhasabah diri

Assalamualaikum wbt..
 Tiba2 malam ni hati jd sayu dan sebak.. Apa yang diri telah buat selama hidup hampir 20tahun ni.. Kalau esok ajal datang menjemput, kemanalah akan dicampak tubuh ini?? Ya Allah..sesungguhnya aku sangat takut akan azabMu.. Namun,apa tindakan aku?? Masih lagi di takuk lama.. Rapuhnya sebuah iman.. Lidah senang sangat berkata2,"Ya Allah,aku takut padaMu" tp tindakannya apa?? Bila masuk hari baru, semua yang dah insaf smlm tu bagaikan hilang dibuai mimpi.. A'uzubillah, berdosanya diri ini..
 
Tundukku malu didepanMu
Kernaku insan berdosa
Kuadukan sesalanku
Apakah akan Kau terima

Kesunyian ini sedarkan diriku yang lena
Tinggalkan semalam yang nanah
Lantas meratap hina kan ku pada sempurnaMu
Terpaut aku tak berpaling

Bersyukur hanya padaMu Tuhan
Kau temukan laluan bermula
Dan cintaMu bagai air di tandus sahara
buatku melepaskan dahaga

Suburkan cahaya menerangi langkahku
Semaikan segala hiasan indah cintaMu

Bersyukur hanya padaMu Tuhan
Kau tunjukkan laluan ku pulang
Dan cintaMu bagai air di tandus sahara
buatku melepaskan dahaga

Ku mohon Kau tenangkan gusar hatiku yang rawan
Bimbang Kau singkirkan taubatku
Ku rayu Kau hulurkan keampunanMu padaku
Kelakku zalimi diriku

Janjiku padaMu abdikan seluruh jiwa
Sehingga masanya kau seru hujung nyawaku

Bersyukur hanya padaMu Tuhan
Kau temukan laluan ku pulang
Dan cintaMu bagai air di tandus sahara
buatku melepaskan dahaga

Tak jemu dimanakah
hentinya rayuan taubatku padaMu..

Ana menulis ini sekadar perkongsian bersama,jauh sekali ingin mendabik dada.. Sekadar peringatan bersama.. Renung2 kan di mana tahap keimanan kita.. Sesungguhnya azab Allah itu sgt pedih..